Wednesday, March 2, 2011

Sejarah Pembabitan.

Saya mula memiliki kamera pertama pada 2.6.1976 iaitu semasa menjadi jurugambar jalanan. Pada tahun 1983 pula saya telah membuka studio sendiri di Jerantut Pahang. Setelah lama menggunakan kamera pertama saya, pada tahun 1983 saya telah beralih kepada camera video vetamet yang dibeli di Arab Saudi. Oleh kerana sistem beta sudah lama dan agak ketinggalan zaman, dengan mengikuti perkembangan semasa saya telah bertukar kepada kamera videosystem VHS yang dibeli dari Korea.

Pada tahun 1998, saya bertukar pula kepada kamera DiGi. Tetapi sistem kamera DiGi ini agak sulit untuk menukarkan daripada taps video DiGi kepada VCD. Saya telah cuba bertanya pada beberapa kedai membaiki komputer tetapi tidak ada yang tahu mengenai cara untuk menukarkannya. Pada suatu hari saya telah berkunjung ke PSPN di Baserah Kuantan, disana saya telah diberi penerangan mengenai CD Writer (CDRW) yang boleh menyelesaikan masalah kamera saya. Namun, di Malaysia masih kekurangan pengetahuan mengenai penggunaan computer dan kamera. Langkah seterusnya saya terpaksa berurusan di Korea untuk mendapatkan CD ROM (CDRW) dengan harga RM1150.00 berbanding RM100.00 iaitu dengan harga bersama-sama 1 unit computer berjumlah RM4500.00.

Saya mula menggunakan komputer pada tahun 1996 tanpa tunjuk ajar dari sesiapapun, sehinggalah sekarang saya telah mahir membaca dos dan membaiki computer dan akhirnya telah membuka sebuah studio yang berfungsi dalam segala hal contohnya edit video/gambar, pusat internet, membaiki komputer dan sebagainya.

Selain itu, saya juga telah membuka kelas kepada sesipa yang berminat iaitu:-
  1. kelas mengendalikan camera video
  2. kelas editor video
  3. kelas edit audio
  4. kelas membaiki computer
Secara keseluruhan saya mempunyai pengalaman dalam bidang ini:-
  • 34 tahun pengalaman dalam bidang camera dan 1976 - 2010
  • 14 tahun pengalaman dalam bidang computer 1996 - 2010.
  • Masa mengadap komputer purata 13 jam satu hari

Sekian, Terima Kasih.

Saturday, May 22, 2010

3gp Perkahwinan

Majlis perkahwinan Mohd Azrin dan pasangannya
di Permatang Badak,Kuantan Pahang pada Ogos 2009.

Sem0ga berbahagialah hendaknya hingga ke akhir hayat
.



Friday, May 21, 2010

Video ini diambil dari dalam kereta sedang bergerak dari pahang ke KL.
Lokasinya ialah Jalan Kuching.



Monday, May 17, 2010

bgambar bsama ladtop y sdg dlm proses penambahbaikan....
































Saturday, February 20, 2010

CyberCafe Mizi di Sungai Tekam Utara....